awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi Anadolu Turki bakal siarkan Olimpik Tokyo dalam 12 bahasa

Bernama
Bernama
21/07/2021
04:25 MYT
Agensi Anadolu Turki bakal siarkan Olimpik Tokyo dalam 12 bahasa
Anggota Pasukan Pertahanan Udara Jepun melakukan lintas udara di Stadium Nasional yang akan menjadi venue utama Sukan Olimpik Tokyo, 21 Julai, 2021. (Foto AP).
TOKYO: Agensi Anadolu bakal menyiarkan berita Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam 12 bahasa mulai Jumaat, 23 Julai.
Agensi Berita Turki itu merancang menyampaikan berita dan gambar menarik atlet terkenal dunia dan 108 pasukan yang akan bertanding dalam 18 acara.
Bahan Infografik juga menjadi sebahagian liputan selain menumpukan kepada perkembangan terkini untuk peminat sukan yang disediakan menerusi laman web dan media sosial Agensi Anadolu.
Berita berkenaan akan disampaikan dalam bahasa Inggeris, Arab, Perancis, Rusia, Parsi, Sepanyol, Indonesia, BCS (Bosnia, Croasia, Serbia), Albania, Macedonia, Sorani, dan Kurmanci.
Selain itu, berita akan dikongsi di media sosial dengan tanda pagar #Tokyo2020.
Berita itu akan disiarkan sehingga temasya berakhir pada 8 Ogos, merangkumi kisah kejayaan atlet, gambar menarik, perkembangan terbaharu di tengah-tengah pandemik melanda dan temu bual eksklusif dengan atlet yang merangkul pingat.
Perkongsian mengenai Sukan Olimpik tersebut akan dilakukan oleh petugas Agensi Anadolu dengan lapan wartawan di Tokyo.
Peminat sukan juga berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat menerusi siaran sidang media, temu bual dan laporan mengenai atlet terutamanya pasukan kebangsaan Turki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Tokyo
#agensi berita
#Agensi Anadolu
#atlet
#12 bahasa
#18 acara
#berita
#Gambar
#media sosial
#perkembangan terkini
#infografik
#liputan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan