PUTRAJAYA: Semua agensi penguatkuasaan dibenarkan menjalankan pemeriksaan di peringkat pengilang serta pemborong padi dan beras di seluruh negara, di bawah Seksyen 6 Akta Kawalselia Padi dan Beras 1994 [Akta 522].
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan Task Force Khas Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (BPT) yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin, semalam.
Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini, mesyuarat bersetuju menurunkan kuasa kepada agensi-agensi penguatkuasaan di bawah Akta 522 bagi menjalankan pemeriksaan serta mewujudkan Pusat Gerakan Bersepadu di kementerian.
Isnin lepas, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan pelaksanaan Task Force Khas Bersepadu Penguatkuasaan Operasi Beras Putih (OP BPT) yang diketuai oleh Chan.
OP BPT melibatkan badan Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).
KPKM berkata OP BPT bermula hari ini melibatkan pemeriksaan di 93 buah kilang, 130 pemborong dan peruncit serta turut meliputi pemeriksaan di sempadan negara dan pelabuhan utama.
"KPKM menegaskan bahawa tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati menukar kampit atau mencampurkan BPT dengan beras putih import atau menyembunyikan bekalan BPT," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan Task Force Khas Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (BPT) yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin (foto), semalam. - Gambar Sinar Harian
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Agensi penguatkuasaan dibenarkan periksa pengilang, pemborong padi & beras
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan Task Force Khas Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (BPT).
KDN perolehi input, cadangan bagi parameter kawal selia penerbitan kalimah Allah
KDN telah memperoleh input dan cadangan agar parameter kawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah Allah SWT dirangka selari dengan hasrat dan misi agensi penguatkuasaan.
PM umum peruntukan RM100 juta untuk agensi penguatkuasaan
Anwar menjelaskan, peruntukan itu untuk diagihkan kepada semua agensi penguat kuasa bagi tujuan perbelanjaan bagi mengukuhkan kelengkapan dan untuk menyokong operasi penguatkuasaan.
PRU15: Kawalan sempadan negara dipertingkat pada hari pengundian
Kawalan sempadan perairan negara melibatkan negeri ini akan terus dipertingkatkan terutama menjelang hari pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15, Sabtu ini, kata Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman
BNM tingkat kerjasama dengan bank dan agensi penguatkuasaan banteras penipu kewangan
Risiko penipuan sentiasa berubah-ubah berikutan penipu terus menggunakan kaedah yang lebih canggih bagi menipu orang ramai.
Banyak warga tempatan jadi dalang jenayah rentas sempadan - Panglima Angkatan Tentera
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, situasi itu tidak harus dibiarkan berlanjutan kerana akan merugikan dan menjejaskan kesejahteraan negara.
PDRM akan jumpa PM berhubung bantahan terhadap IPCMC
Antara perkara yang mendapat bantahan banyak pihak dalam PDRM ialah usul menarik kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.