awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Agi Idup Agi Ngelaban' jadi pegangan ketika bertugas - Fenny Anak Nuli

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
21/10/2019
10:46 MYT
'Agi Idup Agi Ngelaban' jadi pegangan ketika bertugas - Fenny Anak Nuli
Kata motivasi dan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' menjadi pegangan Fenny Anak Nuli sepanjang bertugas. - Foto Bernama
"Pengalaman yang masih ingat adalah ketika berada di Bangkok, Thailand ada satu pemberontakan melibatkan kumpulan baju merah.
"Ketika itu, saya berada di pejabat dan mendengar bunyi tembakan sambil membuat laporan kerana apabila kejadian tidak aman seperti itu, kita (pegawai) perlu membuat laporan setiap hari kepada ibu pejabat di Putrajaya,".
Demikian perkongsian Fenny anak Nuli, wanita Iban pertama dilantik jadi Duta Besar Malaysia ke Peru ketika ditanya mengenai pengalaman sepanjang berkhidmat di luar negara.
Kata anak jati Sri Aman itu, pengalaman pahit manis sudah menjadi 'makanan' buat pegawai yang bertugas di luar negara.
Katanya, demi tugas, ia harus ditempuh dengan hati yang cekal dan positif.
Selain itu, kata motivasi dan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' menjadi pegangan Fenny sepanjang bertugas.
Ternyata kata-kata semangat itu jadi motivasi bagi Fenny ini untuk terus cekal tabur bakti dan berkhidmat kepada negara.
Diberikan tanggungjawab sebagai Duta Besar Malaysia ke Peru adalah pencapaian tertinggi Fenny selepas diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab itu.
Akuinya, ia bukan tugas mudah, sebaliknya memerlukan persiapan rapi dari segi mental, fizikal serta emosi.
"Sebagai diplomat, kita telah dilatih untuk berhati kental dan cekal. Kita akan berdepan dengan halangan terutama hal peribadi.
"Tidak kita bertugas di Putrajaya atau luar negara, berjauhan dengan keluarga adalah cabaran yang besar untuk diatasi," katanya.
Tambah Fenny, tugas duta bukan sahaja menjaga hubungan antara negara sebaliknya mengambil kebajikan rakyat Malaysia di negara tersebut.
"Ia termasuk mengambil perhatian tentang nasib rakyat Malaysia yang menjadi tahanan atas kesalahan jenayah," katanya.
Topic Berkaitan
#Baju Merah
#Bangkok
#Duta Besar Malaysia ke Peru
#Duta Malaysia
#Fenny Anak Nuli
#Fenny Nuli
#rakyat Malaysia
#Sri Aman
#tembakan
#Thailand
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan