awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AGI tidak boleh dicapai jika hanya guna LLM - Meta

Amanz
Amanz
23/05/2024
09:13 MYT
AGI tidak boleh dicapai jika hanya guna LLM - Meta
Penyelidik di DeepMind berkata terdapat lima tahap AGI dan tahap pertama telahpun dicapai oleh ChatGPT. -Amanz
KECERDASAN am buatan (AGI) ialah tahap seterusnya untuk kecerdasan buatan (AI) di mana ia akan melangkaui kesemua kemampuan manusia.
Penyelidik di DeepMind berkata terdapat lima tahap AGI dan tahap pertama telahpun dicapai oleh ChatGPT.
Tetapi Yann LeCun, ketua AI di Meta mengeluarkan kenyataan bahawa model bahasa raya (LLM) tidak akan mampu mencapai tahap AGI.
Dalam temu bual bersama Financial Times, LeCun berkata LLM hanya sekadar mempunyai kepintaran setanding seekor kucing.
Kekurangan LLM ialah ia amat bergantung kepada data ia dilatih. JIka data yang dilatih mempunyai kesilapan, AI sekadar akan hanya memuntahkan semula jawapan yang salah.
Tambah LeCun lagi, AI pada waktu ini tidak mempunyai kemampuan berfikir menggunakan logik yang mengehadkan kemampuan ia mencapai tahap AGI.
Beliau juga kurang pasti bilakah AGI akan dicapai serta bagaimana ia bukan dilakukan. Yang pasti menurut beliau, ia tidak boleh menerusi latihan menggunakan LLM semata-mata.
Masalah dengan AI yang menggunakan LLM semakin dapat dilihat dengan jelas akhir-akhir ini.
Tular di media sosial hari ini jawapan diberikan Google SGE yang menyarankan gam dimasukkan ke dalam keju untuk menghasilkan piza yang lebih pekat.
It's doing this because the AI is reading reddit comments with 8 upvotes for advice. I'm not joking. https://t.co/IAsYNn1ebE
— Joan (@Joan_Atoms) May 23, 2024
Jawapan tidak masuk akal ini diberikan kerana Google menggunakan data Reddit dan di laman tersebut jawapan jenaka menambahkan gam ke dalam keju tidak dapat dibezakan dengan jawapan yang serius. -Amanz
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#agi
#kecerdasan am buatan
#Deepmind
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan