KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bertemu dengan Putera Monaco Putera Albert II di Palace of Monaco, semalam (27 Mei).
Menurut Facebook Istana Negara hari ini, keberangkatan tiba Seri Paduka di Palace of Monaco pada 10.30 pagi waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia) disambut oleh Putera Albert II.
Selesai majlis di Palace of Monaco, Al-Sultan Abdullah dan Putera Albert II berkenan berangkat ke majlis pelancaran kenderaan pelbagai tugas Rover Lunaire Flex di ibu pejabat Venturi, sebuah syarikat pengeluar automatif yang berpangkalan di Monaco.
Menurut Istana Negara, majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Putera Albert II dan turut dihadiri Perdana Menteri Monaco Serge Telle serta pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Venturi Gildo Pastor.
"Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima persembahan taklimat berkenaan Rover Lunaire Flex, yang dijangka mula beroperasi dan digunakan di bulan pada 2026 dan buat pertama kalinya dipamerkan kepada awam semalam," menurut catatan itu.
Seri Paduka turut berkenan berangkat mengunjungi pasukan F1 Mercedes-PETRONAS di The Paddocks dan kemudiannya, Automobile Club Monaco pada sebelah petang waktu tempatan, semalam.
Seri Paduka kini dalam rangka lawatan khas lima hari ke Monaco sehingga 30 Mei atas persilaan Putera Albert II.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bertemu dengan Putera Monaco Putera Albert II di Palace of Monaco, semalam. - Foto Facebook Istana Negara
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
KKR beri jaminan projek kolam selam tempur siap Jun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Kes Najib cabar kewujudan Titah Adendum, dijalankan secara dalam kamar
Muhammad Shafee memaklumkan kepada mahkamah, supaya prosiding kes Najib itu dijalankan secara dalam kamar memandangkan terdapat isu sensitif.
Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil
Yang di-Pertuan Agong bertitah toleransi dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.
Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Besar, di sini hari ini.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri.
Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara.
Pemimpin politik jangan ekstrem ketika beri pandangan isu agama, kaum - Agong
Yang di-Pertuan Agong berharap pemimpin politik di negara ini, tidak ekstrem dalam memberikan pandangan berkenaan isu-isu agama dan perkauman.
Yang di-Pertuan Agong bayar zakat RM10 juta
Cek zakat diserahkan baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Nasri Md Ali.