awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ugut tikam dan rogol rakan sekelas, pelajar 13 tahun diperintah bon berkelakuan baik
Kes Zahid Hamidi: AGC sahkan keterangan tidak mencukupi, tiada tindakan lanjut
China haramkan eksport nadir bumi ke Jepun susulan ketegangan isu Taiwan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berangkat hadir hari kedua mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265

Bernama
Bernama
22/02/2024
07:19 MYT
Agong berangkat hadir hari kedua mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (kanan) berkenan berbual bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-265 di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara, hari ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Turut berangkat ke mesyuarat hari ini ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Johor diwakili Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Perlis oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Pahang oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak hadir ke mesyuarat itu kerana menghadiri Istiadat Penghormatan Negeri bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia semalam.
Mesyuarat pada hari ini turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan