Skip to main content

Malaysia

Agong berangkat ke Majlis Santapan Beradat sempena Hari ATM ke-93

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Santapan Beradat sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-93 di Wisma Perwira ATM hari ini. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Santapan Beradat sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-93 di Wisma Perwira ATM hari ini. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Santapan Beradat sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-93 di Wisma Perwira ATM di sini hari ini.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Majlis itu turut menyaksikan perarakan masuk panji-panji Yang di-Pertuan Agong ke dalam dewan santapan sebagai sebahagian daripada istiadat sebelum acara bermula.

Turut hadir Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail dan Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Hari ATM disambut pada 16 Sept setiap tahun bagi memperingati jasa dan pengorbanan warga ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video

Advertisement