awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berangkat ke Majlis Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah

Bernama
Bernama
02/01/2024
22:00 MYT
Agong berangkat ke Majlis Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melihat kostum para pelakon semasa berangkat ke Majlis Tayangan Perdana Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah di Putrajaya, pada Selasa. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah di pawagam GSC, IOI City Mall di sini.
Seri Paduka, yang diiringi Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Eksekutif serta Penerbit Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mt Dali, meluangkan masa hampir dua jam menonton filem itu bersama barisan pelakon antaranya Fattah Amin, Nur Fazura Sharifuddin dan Nur Heliza Helmi.
Abdul Rahman pula menjunjung kasih di atas sudi perkenan Seri Paduka berangkat menyaksikan tayangan perdana sekuel filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu, yang juga diterbitkan oleh beliau.
"Sambil berhibur, diharap filem ini mampu meningkatkan rasa cinta kepada negara, hargai perjuangan tanah air dahulu kala dan kali ini, ia turut mengangkat peranan wanita dalam perjuangan mempertahan kedaulatan tanah air," menurutnya dalam kenyataan sempena tayangan perdana itu.
Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 11 Jan ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#tayangan perdana
#Pendekar Awang Darah Indera Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan