MALAYSIA
Agong berangkat pulang selepas akhiri lawatan khas di St Petersburg
Lawatan khas julung kali Sultan Ibrahim ke St Petersburg adalah atas undangan khas Presiden Russia, Vladimir Putin. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas mengakhiri lawatan khas selama tiga hari di St Petersburg, Russia bermula 25 Januari lalu.
Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, pesawat khas Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulkovo, St Petersburg pada 4.16 petang (waktu tempatan).
Lawatan khas julung kali Seri Paduka Baginda ke St Petersburg adalah atas undangan khas Presiden Russia, Vladimir Putin, menurut hantaran itu. – BERNAMA