NATIONAL
Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Menerusi hantaran di Instagram OfficialSultanIbrahim, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut mesra Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.
Menerusi hantaran di Instagram OfficialSultanIbrahim, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut mesra Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
"Terdahulu, pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda tiba Bandar Seri Begawan pada jam 2.25 petang.
"Lawatan khas ini mencerminkan hubungan erat serta mesra antara Institusi Diraja Malaysia dan Brunei, yang telah terjalin sejak lebih 40 tahun lalu," menurut kapsyen pada hantaran itu.
Tambah kenyataan itu lagi, keakraban itu terus diperkukuhkan melalui kunjungan Seri Paduka yang melambangkan persahabatan dan kerjasama kukuh antara kedua-dua negara.