Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Agong berangkat ziarah Makam Diraja Mahmoodiah sempena Hari Keputeraan

Bernama 22/11/2025 | 03:20 MYT
Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru hari ini, bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru hari ini, bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut diadakan ialah bacaan Yasin dan tahlil ringkas yang dipimpin Imam Makam Diraja Masri Sapiran.

Sultan Ibrahim turut menabur bunga dan menyiram air mawar di pusara Almarhum Sultan Ismail, Almarhum Sultan Iskandar, Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom serta Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.

-- BERNAMA


#Yang di-Pertuan Agong #Sultan Ibrahim #Makam Diraja Mahmoodiah #Ulang Tahun Keputeraan