Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Agong berkenan beramah mesra dengan pengunjung di R&R Dusun Panti

Bernama 15/08/2025 | 10:10 MYT
Seri Paduka Baginda turut meluangkan masa bergambar bersama sebuah keluarga yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata. - Sumber foto IG officialsultanibrahim
MERSING: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan beramah mesra dengan pengunjung ketika berangkat ke restoran di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dusun Panti, Jalan Kota Tinggi-Mersing hari ini.


Ringkasan AI
  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan singgah di restoran di R&R Dusun Panti, Jalan Kota Tinggi-Mersing untuk santapan pagi semasa dalam perjalanan ke Mersing.
  • Baginda disambut mesra oleh orang ramai dan turut beramah mesra serta bergambar bersama sebuah keluarga yang baru menyambut kelahiran cahaya mata.
  • Momen tersebut dikongsi melalui hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, lengkap dengan foto keberangkatan Baginda.


Menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda yang dalam perjalanan ke Mersing singgah di restoran berkenaan untuk santapan pagi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut mesra oleh orang ramai.

"Dengan penuh kemesraan, Seri Paduka Baginda turut meluangkan masa bergambar bersama sebuah keluarga yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata," menurut hantaran itu.



Foto tersebut turut dimuat naik bersama hantaran berkenaan.

-- BERNAMA




#Sultan Ibrahim #restoran di Mersing #santapan pagi #R&R Dusun Panti