KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat bertemu dengan Raja Jordan Raja Abdullah II di Beit Al Urdun, Amman.
Menurut Facebook Istana Negara, keberangkatan tiba Seri Paduka di Beit Al Urdun pada 1.30 tengah hari waktu tempatan (6.30 petang waktu Malaysia) disambut oleh Raja Abdullah II.
Mengiringi Seri Paduka ialah anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah dan Duta Malaysia ke Jordan Mohamad Nasri Abd Rahman.
"Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin telah berkenan menyentuh berkenaan usaha-usaha untuk mengukuh dan meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Jordan demi kepentingan bersama," menurut Istana Negara.
Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berada di Amman bagi lawatan khas selama empat hari bermula 30 Mei atas persilaan Raja Abdullah II.
Menurut Istana Negara, Seri Paduka berdua diiringi oleh paduka-paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.
Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat menghadiri Majlis Perkahwinan Diraja Putera Mahkota Jordan di Istana Zahran esok disusuli keberangkatan ke Majlis Jamuan Sambutan Perkahwinan Diraja di Istana Al Husseinieh di Amman pada sebelah malam.
Majlis Perkahwinan Diraja Putera Mahkota Jordan akan turut diserikan dengan kehadiran kerabat-kerabat diraja, para pemimpin dan kenamaan dari seluruh dunia.
Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat pulang ke tanah air pada 2 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bertemu dengan Raja Jordan Raja Abdullah II di Beit Al Urdun, Amman. - Foto Facebook Istana Negara

Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Naikkan harga 30 produk, KPDN tunggu jawapan Gardenia
Menurut Fuziah, Gardenia diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut yang dijadual bermula 1 Oktober ini.

Lebih 100,000 dijangka meriahkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023
Penganjuran karnival tersebut diadakan sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.

Bekas ADUN Paloh ditidurkan akibat komplikasi demam denggi
Nozula yang berusia 66 tahun ditidurkan sejak 3 petang semalam selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada beliau dan ahli keluarga yang lain.

Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.

Maulidur Rasul: Malaysia capai kejayaan jika berpegang syariat Islam, nilai murni Rasulullah - Agong
Negara akan mencapai puncak kejayaan hakiki sekiranya terus berpegang kepada syariat Islam dan nilai-nilai murni serta akhlak tinggi Rasulullah SAW dalam tadbir urus negara.

Sambutan Maulidur Rasul: Agong seru ambil iktibar kejatuhan tamadun akibat fitnah
Titah Baginda, akhlak mulia Rasulullah SAW telah membawa Islam menjadi kuasa besar serta tamadun yang hebat di dunia.

Agong, Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023, malam ini.

Pengurusan Mahkamah Syariah hendaklah terus diperkasa, ditambah baik - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah agar pengurusan Mahkamah Syariah termasuk kedudukan hakim dan peguam syarie perlu terus diperkasa.

Jambatan Al-Sultan Abdullah diharap memangkin ekonomi masyarakat - Ahmad Zahid
Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di Bera, diharap dapat memangkin ekonomi masyarakat tempatan.

'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pengalaman sepanjang meyertai Kembara Kenali Borneo masih meninggalkan kesan kepada Seri Paduka Baginda sekeluarga.

Agong berkenan rasmi Jambatan Guai, harap bawa pembangunan kepada penduduk sekitar
Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di Bera, hari ini.

Sultan Johor sedia laksana tugas negara
Sultan Ibrahim yang mendahului senarai penggiliran menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan kesediaan memikul tanggungjawab itu.

Agong berkenan melawat Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai.

Laksana NIMP 2030 dengan lancar dan berkesan - Agong
Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar misi-misi yang dirancang dan ditetapkan dalam NIMP 2030 dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi rakyat dan negara.