NATIONAL
Agong berkenan berangkat ke LIMA'25

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat LIMA’25 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini. - Foto Bernama
LANGKAWI: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA' 25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini.
Ringkasan AI
- Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ke LIMA'25:Sultan Ibrahim berkenan menghadiri Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
- Lawatan & Pameran: Baginda melawat reruai Sapura Secured Technologies (SST), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Kementerian Pertahanan Turkiye sebelum berangkat pulang.
- Kepentingan LIMA'25: LIMA'25 memberi tumpuan kepada inovasi dan daya saing industri maritim serta aeroangkasa, menjadikannya pameran terbesar di Asia Tenggara sejak 1991.
Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zaharim, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Dalam lawatan itu, Sultan Ibrahim berkenan melawat Sapura Secured Technologies (SST), rerurai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malatsia (TLDM) dan Kementerian Pertahanan Turkiye sebelum berangkat pulang kira-kira 11 pagi.
LIMA'25 merupakan anjuran bersama Kementerian Pertahanan dan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC) yang memberi penekanan pada inovasi serta peningkatan daya saing dalam kalangan pemain industri sejajar perkembangan teknologi semasa.
Bertemakan "Inovasi Hari Ini Pencapaian Masa Hadapan", LIMA'25 berlangsung di Langkawi, Kedah dan merupakan pameran terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara sejak dianjurkan kali pertama pada 1991.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami