awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara

Bernama
Bernama
25/02/2025
08:04 MYT
Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Mesyuarat selama hampir dua jam itu antara lain membincangkan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan Istana Negara. - Foto FB Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Seri Paduka Baginda, mesyuarat selama hampir dua jam itu antara lain membincangkan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan Istana Negara.
Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan taklimat mengenai perancangan gerak kerja selain majlis-majlis rasmi akan datang.
Sabtu lepas, Sultan Ibrahim selamat tiba ke tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara.
Pada 7 Feb lepas, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara untuk menjalani rawatan, diikuti dengan kenyataan yang memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan 'musculoskeletal' (otot dan tulang) di luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#pengurusan kanan Istana Negara
#Istana Negara
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan