MALAYSIA

Agong berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270

Bernama 07/10/2025 | 08:50 MYT
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270 di Istana Negara, hari ini. -Facebook
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270 di Istana Negara, hari ini.


Ringkasan AI
  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menghadiri pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270 di Istana Negara yang akan dipengerusikan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyembah maklum perkembangan semasa termasuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan pendirian Malaysia terhadap cadangan pendamaian Gaza oleh Donald Trump.
  • Majlis Raja-Raja berlangsung selama dua hari bermula esok, dengan kehadiran wakil rasmi Pemangku Sultan Johor, Tunku Idris Iskandar.


Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Majlis Raja-Raja ke-270 akan dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.


Berangkat sama Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim, selaku wakil rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Majlis Raja-Raja akan berlangsung selama dua hari bermula esok di Istana Negara.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyembah maklum beberapa perkembangan semasa kepada Majlis Raja-Raja, termasuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada akhir bulan ini, ketika dipanggil menghadap di Istana Negara pagi tadi.

Anwar berkata beliau turut menyembah maklum kepada Majlis Raja-Raja mengenai kehadiran Donald Trump dan pendirian Malaysia tentang cadangan pendamaian Gaza yang dipelopori oleh Presiden Amerika Syarikat itu.

-- BERNAMA



#Yang di-Pertuan Agong #Sultan Ibrahim #Anwar Ibrahim #Majlis Raja-Raja #Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail