[TERKINI] Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
MALAYSIA

Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Bernama 30/12/2025 | 02:00 MYT
Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan taklimat mengenai laporan kemajuan kerja-kerja pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di Jalan Kolam Air berhampiran Istana Bukit Serene, Johor Baharu, hari ini. - Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan dipersembahkan taklimat mengenai laporan kemajuan kerja-kerja pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di Jalan Kolam Air berhampiran Istana Bukit Serene, Johor Baharu, Johor.

Masjid berkenaan dibina hasil wang peninggalan anakanda Seri Paduka Baginda Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, yang mangkat pada 5 Dis 2015.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, masjid itu mampu memuatkan hampir 1,000 jemaah dalam satu masa.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor Mohd Radzi Mohd Amin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor Nasri Ali dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Zainal Tumian.

-- BERNAMA


#Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil #Sultan Ibrahim #Yang di-Pertuan Agong #tunku abdul jalil