awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan ke majlis santapan bersama diaspora Malaysia di Qatar - Istana Negara

Bernama
Bernama
18/12/2022
04:04 MYT
Agong berkenan ke majlis santapan bersama diaspora Malaysia di Qatar - Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan bersama diaspora Malaysia di Doha semalam sempena lawatan khas Seri Paduka ke Qatar. - Gambar Facebook ISTANA NEGARA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan bersama diaspora Malaysia di Doha semalam sempena lawatan khas Seri Paduka ke Qatar.
Istana Negara menerusi catatan di Facebook memaklumkan keberangkatan Al-Sultan Abdullah diiringi Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah dan Tengku Arif Temenggung Pahang, Tengku Fahad Mua'adzam Shah.
Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Qatar Zamshari Shaharan.Pada majlis itu, Seri Paduka berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan diaspora Malaysia di Qatar.
Majlis Santapan bersama diaspora Malaysia itu adalah satu daripada acara dalam rangka lawatan khas Al-Sultan Abdullah ke Doha atas persilaan peribadi Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena temasya Piala Dunia FIFA Qatar 2022.
Yang di-Pertuan Agong dijadual berangkat pulang dan tiba di tanah air esok (19 Dis).- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#diaspora Malaysia
#Qatar
#piala dunia qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan