MALAYSIA
Agong berkenan kurnia masjid baharu di Batu Muda
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Fadlun di Istana Bukit Tunku. - Gambar/ Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah masjid baharu untuk kegunaan penduduk di kawasan Batu Muda, di ibu negara.
Ringkasan AI
Seri Paduka Baginda bertitah demikian ketika menerima menghadap Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud, di Istana Bukit Tunku, pada Jumaat.
Menurut titah Seri Paduka Baginda, tapak masjid seluas kira-kira dua ekar telah diperkenankan dan terletak di sekitar kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.
“Saya telah lama menyimpan hasrat untuk mengurniakan sebuah masjid kepada penduduk sekitar Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah, selepas perbincangan bersama Datuk Bandar, pada hari Jumaat yang mulia ini, hasrat tersebut dapat direalisasikan,” titah Seri Paduka Baginda dalam kenyataan di Facebook, pada Jumaat.
Turut hadir dalam sesi menghadap itu ialah Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rosli Nordin.
Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa keseluruhan kos pembinaan masjid berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh baginda sendiri.
Baginda menambah, reka bentuk masjid tersebut akan berasaskan seni bina Masjid Kampung Mahmoodiah di Johor Bahru, yang mencerminkan identiti warisan Islam dan seni bina tradisional Melayu.
“Semoga masjid ini memberi manfaat kepada semua, di dunia dan di akhirat, insya-Allah,” titah Baginda.
Pembinaan masjid baharu itu dijangka memberi kemudahan ibadah yang lebih selesa kepada penduduk setempat, khususnya komuniti di kawasan PPR Batu Muda.
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengurniakan sebuah masjid baharu di Batu Muda, Kuala Lumpur.
- Tapak masjid seluas dua ekar terletak berdekatan Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.
- Sultan Ibrahim menanggung keseluruhan kos pembinaan masjid tersebut, dengan reka bentuk terinspirasi dari Masjid Kampung Mahmoodiah di Johor Bahru.