awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan kurnia sumbangan kepada asnaf di Kuantan

Bernama
Bernama
19/04/2022
20:00 MYT
Agong berkenan kurnia sumbangan kepada asnaf di Kuantan
Seri Paduka berkenan berangkat ke program Ziarah Kasih Sempena Ramadan di Kampung Baru Beserah, Kampung Bahagia Beserah dan Kampung Batu Hitam Beserah. -Gambar Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada lima keluarga asnaf di Kuantan, Pahang pada Selasa.
Istana Negara dalam satu hantaran di laman Facebook memaklumkan Seri Paduka berkenan berangkat ke program Ziarah Kasih Sempena Ramadan di Kampung Baru Beserah, Kampung Bahagia Beserah dan Kampung Batu Hitam Beserah.
"Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka terutama semasa bulan Ramadan dan membantu persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba," menurut Istana Negara.
Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.
Menurut Istana Negara, keberangkatan Seri Paduka mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Al-Sultan Abdullah dan Pemangku Raja Pahang terhadap golongan yang memerlukan bantuan di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#asnaf
#Kuantan
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan