MALAYSIA
Agong berkenan rasmi Laman Rel Mahkota Kluang
Sultan Ibrahim (tengah) berkenan merasmikan Laman Rel Mahkota, sebuah taman awam ikonik yang dibangunkan di bawah jajaran viaduct Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama
KLUANG: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan Laman Rel Mahkota, sebuah taman awam ikonik sepanjang 2.8 kilometer yang dibangunkan di bawah jajaran Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.
Ringkasan AI
Keberangkatan Seri Paduka Baginda ke laman yang terletak berhampiran Stesen Kluang itu diiringi Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Sultan Ibrahim tiba di stesen berkenaan dengan memandu sendiri Tren Elektrik (ETS3) selepas majlis peluncuran khas tren berkenaan di ibu negara pagi ini.
Laman Rel Mahkota merupakan inisiatif transformasi unik yang menghidupkan semula laluan landasan kereta api lama di tengah bandar Kluang, menjadi ruang hijau moden dan inklusif untuk komuniti setempat.
Selain sebagai tempat lokasi riadah dan aktiviti komuniti taman itu mengekalkan elemen warisan kereta api dengan memulihara papan tanda lama, landasan, platform, pondok hentian dan jambatan pejalan kaki sebagai elemen nostalgia dalam landskap moden.
Ia disumbangkan oleh SIPP-YTL JV selaku Kontraktor Utama Tempatan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, sempena ulang tahun ke-70 Kumpulan YTL Corporation Berhad.
Yang di-Pertuan Agong kemudian berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki tren sama kira-kira 12.30 tengah hari.
Sementara itu, Pengarah Urusan SIPP-YTL Datuk Seri Yeoh Seok Hong berkata Laman Rel Mahkota merupakan simbol penghargaan kepada masyarakat Kluang serta pengiktirafan kepada identiti bandar ini sebagai "Bandar Kereta Api" sejak 1909, di samping menjadi perintis taman rel moden negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Aset Keretapi (RAC) Datuk Azhar Ahmad pula berkata antara acara utama yang bakal berlangsung di Laman Rel Mahkota ialah Kereta Api Sarong 2025 pada 13 Sept ini.
Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan Laman Rel Mahkota akan dibuka secara rasmi pada Isnin ini dan boleh dikunjungi orang ramai setiap hari bermula 6 pagi hingga 9 malam.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Laman Rel Mahkota, sebuah taman awam sepanjang 2.8km di Kluang, Johor, dengan memandu sendiri tren ETS3 dari Kuala Lumpur ke lokasi majlis.
- Taman ini menghidupkan semula laluan landasan kereta api lama dengan elemen nostalgia seperti papan tanda, pondok hentian dan jambatan pejalan kaki, sambil menyediakan ruang hijau moden untuk komuniti.
- Laman Rel Mahkota diiktiraf sebagai simbol penghargaan kepada identiti Kluang sebagai "Bandar Kereta Api" sejak 1909 dan akan menjadi lokasi acara seperti Kereta Api Sarong 2025 pada 13 September.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda ke laman yang terletak berhampiran Stesen Kluang itu diiringi Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Sultan Ibrahim tiba di stesen berkenaan dengan memandu sendiri Tren Elektrik (ETS3) selepas majlis peluncuran khas tren berkenaan di ibu negara pagi ini.
Laman Rel Mahkota merupakan inisiatif transformasi unik yang menghidupkan semula laluan landasan kereta api lama di tengah bandar Kluang, menjadi ruang hijau moden dan inklusif untuk komuniti setempat.
Selain sebagai tempat lokasi riadah dan aktiviti komuniti taman itu mengekalkan elemen warisan kereta api dengan memulihara papan tanda lama, landasan, platform, pondok hentian dan jambatan pejalan kaki sebagai elemen nostalgia dalam landskap moden.
Ia disumbangkan oleh SIPP-YTL JV selaku Kontraktor Utama Tempatan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, sempena ulang tahun ke-70 Kumpulan YTL Corporation Berhad.
Yang di-Pertuan Agong kemudian berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki tren sama kira-kira 12.30 tengah hari.
Sementara itu, Pengarah Urusan SIPP-YTL Datuk Seri Yeoh Seok Hong berkata Laman Rel Mahkota merupakan simbol penghargaan kepada masyarakat Kluang serta pengiktirafan kepada identiti bandar ini sebagai "Bandar Kereta Api" sejak 1909, di samping menjadi perintis taman rel moden negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Aset Keretapi (RAC) Datuk Azhar Ahmad pula berkata antara acara utama yang bakal berlangsung di Laman Rel Mahkota ialah Kereta Api Sarong 2025 pada 13 Sept ini.
Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan Laman Rel Mahkota akan dibuka secara rasmi pada Isnin ini dan boleh dikunjungi orang ramai setiap hari bermula 6 pagi hingga 9 malam.
-- BERNAMA

#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Laman Rel Mahkota
#Kluang
#onn hafiz ghazi
#Anthony Loke
#terkini