BERA: Sikap prihatin dan berjiwa rakyat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini terserlah apabila baginda berkenan mencemar duli menaiki bot meskipun dalam keadaan hujan bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang di Sungai Pahang semasa mengikuti Eksesais PARA Predator siri 1/2021 pada Ahad lepas.
Al-Sultan Abdullah, yang mengenakan seragam tentera darat, mencemar duli menaiki bot disediakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang pada 4.40 petang ketika hujan renyai sebelum bertukar lebat kira-kira 10 minit selepas Seri Paduka menyertai operasi SAR Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa.
Turut menyertai operasi yang berlangsung kira-kira setengah jam sebelum terpaksa ditangguhkan ekoran cuaca semakin buruk ialah Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Pengarah JBPM Pahang Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.
Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Datuk Seri Norolazali Sulaiman.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah, yang berangkat tiba di lokasi SAR pada 3.45 petang, turut berkenan mendengar sembah taklimat operasi oleh Wan Mohammad Zaidi selain mencemar duli bertanya khabar kepada isteri mangsa, Nur Aqila Syafiqa Safuan, 23, yang tiba di lokasi pada kira-kira 5 petang.
Mohamad Azrin, 25, dari Sungai Petani, Kedah dilaporkan hilang pada 4.40 petang Ahad semasa menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang dari Kampung Batu Bor ke Kampung Bohor Baru, yang merupakan sebahagian daripada modul eksesais itu.
Mangsa, yang merupakan anggota tinjau daripada Kompeni PANDURA, dikatakan tenggelam semasa hampir tiba ke tebing sungai dan cubaan rakannya untuk menarik Mohamad Azrin gagal sebelum bapa kepada seorang anak perempuan berusia sembilan bulan itu hilang daripada pandangan.
Eksesais PARA Predator, yang merupakan latihan berskala besar bermula 24 Ogos dan dijadualkan berlangsung selama dua minggu, bertujuan memberikan pendedahan keadaan ancaman sebenar melalui latihan, gambaran kesiagaan dan keupayaan sebenar atur gerak tentera darat selain mendidik serta berkongsi pengetahuan mengenai peranan tentera dalam aspek keselamatan.
Wan Mohammad Zaidi berkata operasi SAR yang masuk hari ketiga itu membabitkan 116 pegawai dan anggota pelbagai pasukan keselamatan dengan kawasan pencarian diperluas sehingga tujuh kilometer dari lokasi mangsa dilihat buat kali terakhir.
"Pencarian hari ini juga melibatkan dua anjing pengesan bomba yang dibawa dari Kuala Lumpur untuk membantu tugas Pasukan Penyelamat di Air dari Temerloh, Pekan dan Kuantan. Cuaca yang tidak menentu merupakan cabaran utama selain keadaan sungai yang walaupun kelihatan tenang namun arus di dasar adalah kuat," katanya.
Turut terlibat dalam operasi itu ialah tentera, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung dengan lebih 20 bot.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 31 2021
Al-Sultan Abdullah, yang mengenakan seragam tentera darat, mencemar duli menaiki bot disediakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang pada 4.40 petang. - Gambar/ Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
100 warga Nepal sertai tentera Rusia hilang
Kira-kira 100 warga Nepal yang berkhidmat dalam tentera Rusia dilaporkan hilang atau cedera dalam pertempuran dengan Ukraine.
Empat askar Indonesia hilang selepas diserang hendap pemberontak
Mereka adalah antara 36 askar yang menyertai operasi menyelamat tebusan juruterbang New Zealand, Phillip Mark Mehrtens, di Kabupaten Nduga.
Agong berkenan sertai operasi SAR anggota tentera hilang di Sungai Pahang
Al-Sultan Abdullah, yang mengenakan seragam tentera darat, mencemar duli menaiki bot disediakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang pada 4.40 petang.
ATM henti usaha cari tentera yang hilang
Usaha mencari dua anggota tentera darat dari Sarawak yang hilang ketika bertugas di Pulau Perak, Kedah pada 19 Julai lepas sudah dihentikan cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).