KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Negara, di sini, pada Rabu.
Pertemuan itu berlangsung sebelum Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-273.
MRR Ke-273 dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.