awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain

Kenyataan Media
Kenyataan Media
19/02/2025
09:07 MYT
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu. - FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook memberitahu, Anwar turut mempersembahkan perkara-perkara berkaitan perkembangan semasa negara.
“Pada pertemuan itu, Perdana Menteri mempersembahkan perkara-perkara berkaitan perkembangan semasa negara, selain bertanyakan khabar kesihatan Seri Paduka Baginda,” menurut kenyataan hari ini.
Dalam hantaran sama, kenyataan memaklumkan, turut berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Terdahulu, Anwar tiba di Bahrain bagi lawatan rasmi di atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.
Media semalam melaporkan, Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan musculoskeletal (otot dan tulang) di luar negara dan dijangka berangkat pulang ke Malaysia 21 Februari ini.
Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan tersebut pada 7 Februari lalu.
Topic Berkaitan
#Istana Negara
#Anwar Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
#lawatan rasmi
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan