MALAYSIA
Agong berkenan terima menghadap Ketua Polis Negara baharu
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail (kanan) di Johor Bahru. -Facebook
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, di Johor Bahru.
- Pertemuan tersebut turut dihadiri Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, dan berlangsung selepas pelantikan Mohd Khalid sebagai Ketua Polis Negara ke-15 pada 20 Jun.
- Mohd Khalid menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang telah bersara daripada perkhidmatan.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Mohd Khalid bersama Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlangsung di Johor Bahru.
Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk M Kumar.
Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-15 pada 20 Jun lepas menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.
-- BERNAMA