Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri

Astro Awani
Februari 16, 2022 08:59 MYT
Mesyuarat itu adalah antara aktiviti mingguan Yang di-Pertuan Agong untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan. - Gambar/ Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet yang berlangsung menerusi sidang video di Istana Negara.
Istana Negara menerusi laman Facebook memaklumkan mesyuarat itu adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Yang di-Pertuan Agong untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.
Perdana Menteri baru sahaja pulang dari lawatan rasmi pertamanya ke Brunei selama dua hari.
Dalam lawatan itu, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan membincangkan beberapa perkara termasuk mewujudkan aturan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) melalui udara di antara Malaysia dan Brunei.
#Yang di-Pertuan Agong #ismail sabri yaakob #mesyuarat Pra Kabinet #Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah