awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste

Bernama
Bernama
02/12/2024
06:55 MYT
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim (kiri) berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao (kanan) di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara, hari ini.
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung lebih 30 minit itu, adalah Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Timor-Leste Datuk Amarjit Singh Sarjit Singh.
Xanana Gusmao tiba di Malaysia malam tadi bagi memulakan lawatan rasmi selama tiga hari yang juga kunjungan sulung beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada 1 Julai tahun lepas.
Terdahulu, Xanana Gusmao disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis sambutan rasmi, diikuti dengan mesyuarat dua hala di Seri Perdana, Putrajaya.
Turut hadir pada majlis sambutan itu, ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, anggota Jemaah Menteri, diplomat asing, dan pegawai kanan kerajaan.
Xanana Gusmao dan Anwar kemudian mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hubungan dua hala dan potensi kerjasama antara kedua-dua negara itu, diikuti dengan satu sidang media bersama.
Anwar turut meraikan rakan sejawatannya itu dalam majlis makan tengah hari di Seri Perdana, Putrajaya.
Tahun lepas, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste berjumlah RM196.7 juta dengan eksport Malaysia ke Timor-Leste bernilai RM195 juta manakala import produk daripada Timor-Leste berjumlah RM1.7 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#terima menghadap
#Perdana Menteri Timor Leste
#Xanana Gusmao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan