awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan terima sembah taklimat MAIM

Bernama
Bernama
06/04/2023
03:50 MYT
Agong berkenan terima sembah taklimat MAIM
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengadakan taklimat bersama Ahli-ahli MAIM pada majlis Menerima Menghadap MAIM hari ini. -Bernama
MELAKA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima sembah taklimat daripada pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Hotel Casa Del Rio di sini sempena lawatan hari terakhir selama dua hari ke negeri ini.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, barisan exco kerajaan negeri serta Ahli Majlis MAIM.
Pada majlis itu Al-Sultan Abdullah berkenan menerima laporan prestasi dan pencapaian MAIM sepanjang tempoh 2022.
Turut dibentangkan adalah perancangan MAIM bagi tahun ini yang merangkumi skim bantuan zakat baharu bagi 2023 dengan memfokuskan bantuan zakat kepada golongan asnaf dan mualaf.
Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka berkenan menerima cendera kenangan daripada kerajaan negeri Melaka yang disampaikan oleh Mohd Ali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Majlis Agama Islam Melaka
#Ab Rauf Yusoh
#Sulaiman Md Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan