MALAYSIA
Agong dipersembah taklimat gempa bumi di Segamat
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima taklimat mengenai siri gempa bumi di Segamat yang berlaku baru-baru ini. - GAmbar/ Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan dipersembahkan taklimat laporan terkini mengenai siri gempa bumi yang berlaku di daerah Segamat, baru-baru ini.
Ringkasan AI
Taklimat itu dipersembah Pegawai Daerah Segamat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana bagi daerah berkenaan, Mohd Ezzuddin Sanusi.
Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berangkat tiba di Segamat, yang terletak kira-kira 180 kilometer dari Johor Bahru, pagi tadi.
Turut hadir pada sesi taklimat itu ialah Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Johor Noorazhar Ngatimin, Pengarah Jabatan Meteorologi Johor Nor Adawiah Abdullah, serta Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat Muhammad Yusri Zainal.
Johor dilaporkan mengalami sekurang-kurangnya lapan gegaran bagi tempoh 24 Ogos hingga 3 Sept lepas, termasuk gempa berukuran 4.1 magnitud di Segamat pada 24 Ogos dan gegaran 2.9 magnitud berhampiran Sri Medan, Parit Sulong, pada 3 Sept.
Sebelum ini, Kementerian Kerja Raya menganggarkan RM550,000 diperlukan bagi membaik pulih 15 bangunan kerajaan yang mengalami kerosakan kecil akibat gempa bumi lemah melanda daerah itu sejak 24 Ogos lalu.
Kerosakan itu membabitkan beberapa bangunan antaranya sekolah, Kuarters Polis Daerah Segamat, Hospital Segamat, Klinik Kesihatan Bandar Putra, Kolej Komuniti Segamat, Pejabat Kadi Daerah dan kuarters kerajaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima taklimat mengenai siri gempa bumi di Segamat yang berlaku antara 24 Ogos hingga 3 September, termasuk gegaran berukuran 4.1 dan 2.9 magnitud.
- Taklimat dipersembahkan oleh Pegawai Daerah Segamat bersama wakil Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Meteorologi dan JKR, dengan laporan kerosakan melibatkan 15 bangunan kerajaan seperti sekolah, hospital dan kuarters polis.
- Kementerian Kerja Raya menganggarkan RM550,000 diperlukan bagi kerja baik pulih bangunan yang terjejas akibat gempa bumi lemah yang melanda daerah tersebut.