MALAYSIA

Agong dipersembah taklimat komprehensif situasi banjir, tahap hakisan pantai

Bernama 03/12/2025 | 07:20 MYT
Taklimat dipersembahkan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Mohamad Radzi Abdul Talib di Istana Negara, hari ini. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan taklimat komprehensif mengenai situasi semasa banjir, tahap hakisan pantai serta perkembangan projek tebatan banjir di seluruh negara.


Ringkasan AI
  • Sultan Ibrahim berkenan diberi taklimat mengenai situasi banjir, hakisan pantai, dan projek tebatan banjir di Malaysia.
  • Taklimat disampaikan oleh Ketua Pengarah JPS di Istana Negara dengan kehadiran Pengarah JPS Johor.
  • Baginda turut mengizinkan penggunaan tanah milik untuk projek tebatan banjir di Sungai Johor demi keselamatan dan kebajikan rakyat.


Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, taklimat itu dipersembahkan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Mohamad Radzi Abdul Talib di Istana Negara, hari ini.

Hadir sama Pengarah JPS Johor Muhammad Zaki Mashud.

Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan kebenaran penggunaan tanah milik Seri Paduka Baginda kepada JPS untuk pembinaan kolam takungan banjir bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Johor.

Seri Paduka Baginda bertitah keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan utama dalam setiap usaha pengurusan bencana.

-- BERNAMA








#Yang di-Pertuan Agong #Sultan Ibrahim #taklimat #banjir