MALAYSIA

Agong dipersembah taklimat lawatan negara ke Rusia Ogos ini

Bernama 16/07/2025 | 06:22 MYT
Yang di-Pertuan Agong (tengah) dipersembahkan taklimat mengenai lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Persekutuan Rusia yang dijadual Ogos ini. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini dipersembahkan taklimat mengenai lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Persekutuan Rusia yang dijadual berlangsung pada Ogos ini.


Ringkasan AI
  • Taklimat Lawatan Negara ke Rusia oleh Yang di-Pertuan Agong: Sultan Ibrahim dipersembahkan taklimat rasmi mengenai lawatan negara ke Rusia yang dijadual berlangsung pada Ogos 2025, bertempat di Istana Negara.
  • Taklimat Disampaikan oleh Kementerian Luar Negeri: Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohd Zin mengetuai sesi taklimat selama hampir sejam kepada Seri Paduka Baginda.
  • Hadirin dari Malaysia dan Rusia: Turut hadir ialah Duta Rusia ke Malaysia, pegawai kanan Kementerian Luar Negeri serta pegawai istiadat Istana Negara, menunjukkan persiapan diplomatik yang rapi menjelang lawatan tersebut.


Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, taklimat selama hampir sejam itu telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohd Zin, semasa sesi menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara, di sini.

Turut hadir semasa sesi taklimat ialah Duta Rusia ke Malaysia Naiyl M Latypov, Ketua Protokol, Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar Negeri Datuk Yubazlan Yusof, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan Datuk Rozainor Ramli dan Setiausaha Bahagian Eropah, Kementerian Luar Negeri Abu Bakar Mamat.

Hadir sama ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

-- BERNAMA




#Yang di-Pertuan Agong #Sultan Ibrahim #taklimat mengenai lawatan negara #Persekutuan Rusia