MALAYSIA

Agong dipersembah taklimat perkembangan semasa ATM

Bernama 31/12/2025 | 02:30 MYT
Sultan Ibrahim (kiri) dipersembah taklimat mengenai perkembangan semasa Angkatan Tentera Malaysia oleh Khaled dalam sesi menghadap di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini dipersembah taklimat mengenai perkembangan semasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, taklimat tersebut disampaikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam sesi menghadap bersama Seri Paduka Baginda.

Sesi menghadap itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi di sini.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di Istana Pasir Pelangi.

Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM), dipersembahkan taklimat berkaitan hal ehwal keselamatan negara oleh Mohd Khalid.

Berangkat sama ialah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

-- BERNAMA




#Yang di-Pertuan Agong #Sultan Ibrahim #taklimat ATM #Mohamed Khaled Nordin