KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar Malaysia dan Singapura boleh mengembangkan kerjasama dalam bidang baharu seperti ekonomi digital, ekonomi hijau serta keterjaminan makanan.
Seri Paduka bertitah Singapura secara konsisten kekal sebagai antara rakan dagangan utama Malaysia di mana republik itu adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan sebaliknya.
"Adalah menjadi harapan beta agar hubungan yang erat ini akan terus mekar bagi mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada demi kepentingan bersama kedua-dua negara dan rakyat pada tahun-tahun akan datang," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Majlis Jamuan Negara bagi meraikan lawatan Presiden Singapura, Halimah Yacob dan delegasinya di Istana Negara hari ini.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis itu.
Terdahulu, Halimah diberikan sambutan negara di Istana Negara sempena lawatan sulungnya selama tiga hari ke Malaysia yang bermula semalam.
Memandangkan kedua-dua negara sentiasa berkongsi hubungan yang utuh serta erat, Al-Sultan Abdullah bertitah baginda yakin bahawa jalinan persahabatan yang kukuh antara rakyat Malaysia dan Singapura akan terus menjadi faktor penting yang membentuk teras dalam hubungan dua hala.
"Kita berkongsi silaturahim agak unik serta terikat dengan pelbagai faktor seperti perkongsian sejarah, persamaan budaya dan hubungan rakyat dengan rakyat termasuk perkaitan kekeluargaan," titah baginda.
Sementara itu, sebagai anggota pengasas ASEAN, Seri Paduka bertitah Malaysia dan Singapura perlu terus menjalin kerjasama yang erat dalam mempromosi kestabilan dan keselamatan rantau ini serta menjadikan ASEAN sebagai kumpulan serantau yang dinamik.
Berhubung lawatan itu, Seri Paduka bertitah umpama aur dengan tebing, lawatan Presiden Singapura buat julung kalinya ke Malaysia adalah bukti hubungan kukuh serta persaudaraan erat antara kedua-dua negara dan rakyat.
"Adalah menjadi harapan beta agar lawatan negara ini akan memperkasa hubungan yang telah sekian lama terjalin dan membuka ruang kepada interaksi aktif Malaysia dan Singapura dalam meneroka pelbagai peluang dan bidang baharu serta mencari penyelesaian terbaik terhadap pelbagai perkara berbangkit," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar lawatan tersebut membawa kenangan manis kepada Halimah sambil mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik kepada Presiden Singapura itu dan suaminya, Mohamed Abdullah Alhabshee.
"Beta dan Raja Permaisuri Agong turut ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang bakal kunjung tiba kepada Puan Yang Terutama sekeluarga serta kepada rakyat Malaysia dan Singapura beragama Islam," titah Seri Paduka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan bertitah pada Majlis Santapan Diraja sempena lawatan Presiden Singapura, Halimah Yacob (kiri) di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil segala tindakan pertahan kedaulatan negara - Azalina
Kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.

Keprihatinan Agong, Permaisuri penawar buat Datuk Paduka Maharaja Lela
Baking soda dari dapur Permaisuri, Gaviscon ubati penyakit gerd yang menyerang Azuan Effendy pada pagi Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran.

Agong ucap tahniah kepada Kamala Das sempena ulang tahun kelahiran ke-100
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan tahniah dan selamat kepada Kamala Das sempena ulang tahun kelahirannya ke-100 semalam.

Kit Siang 'setaraf' dengan Nik Aziz, seloroh Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri itu berkata sumbangan Kit Siang kepada negara tiada bandingan dengan mana-mana individu di negara ini.

Jangan cemas lihat pesawat terbang rendah - TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengingatkan orang ramai agar tidak cemas atau bimbang jika melihat pesawat tentera terbang rendah di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang terutamanya di ruang ud

Agong seru jemaah, rakyat Malaysia ambil pengajaran perpaduan dalam ibadat haji
Jemaah haji dan seluruh rakyat Malaysia diseru agar mengambil pengajaran daripada kesatuan serta perpaduan umat Islam ketika mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Kerajaan ucap tahniah kepada bekas wakil rakyat atas kurniaan darjah kebesaran
Kerajaan merakamkan ucapan tahniah kepada bekas wakil rakyat atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong.

Hormati titah Agong, jangan jadikan Islam polemik politik - Mufti Pulau Pinang
Titah Yang di-Pertuan Agong supaya jangan jadikan agama Islam sebagai polemik politik perlu dihormati serta dipatuhi oleh semua rakyat negara ini.

Lim Kit Siang ucap terima kasih kepada Agong atas kurniaan gelaran Tan Sri
Kit Siang menzahirkan penghargaannya kepada Yang di-Pertuan Agong atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran 'Tan Sri' kepadanya.

TPM, anggota Kabinet ucap tahniah Hari Keputeraan Agong
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Malaysia maju dan membangun di bawah naungan Agong - Komuniti Diplomat
Manuel Balaguer Salas berkata pemerintahan Al-Sultan Abdullah sentiasa dilandasi kebijaksanaan, dedikasi, dan komitmen yang tinggi terhadap kebajikan rakyat Malaysia.