awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Agong padat, pelbagai perkara penting boleh dibahas Ahli Parlimen - Ahmad Zahid
Pegawai kanan imigresen didakwa terima rasuah RM140,000 lepas kemasukan 56 warga Bangladesh
SPRM reman bekas eksekutif bank disyaki terbabit rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong kecewa kes rasuah libat peringkat tertinggi Angkatan Tentera Malaysia

Faida Rahim
Faida Rahim
19/01/2026
04:30 MYT
Agong kecewa kes rasuah libat peringkat tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
Sultan Ibrahim mengingatkan bahawa keberkesanan pelaksanaan dasar kerajaan bergantung kepada integriti semua pihak. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di‑Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menegaskan bahawa segala perancangan pembangunan negara tidak akan mencapai kesempurnaan sekiranya amalan rasuah terus berleluasa dalam pentadbiran dan sektor keselamatan.
Dalam titah baginda di Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 hari ini, baginda mengingatkan bahawa keberkesanan pelaksanaan dasar kerajaan bergantung kepada integriti semua pihak.
Sultan Ibrahim turut melahirkan rasa kecewa terhadap kewujudan kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk di peringkat tertinggi.
"Tahun ini adalah merupakan permulaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Saya mahu rancangan ini memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, terutama dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam.
"Suka saya ingatkan di sini, segala perancangan yang dibuat, tidak akan sempurna jika amalan rasuah masih berleluasa. Saya pernah sebut dahulu, yang saya datang ke Kuala Lumpur untuk memburu perasuah dan nampaknya saya telah berjaya jumpa.
"Saya amat kecewa apabila berlakunya kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia hingga ke peringkat tertinggi. Agaknya selepas ini saya patut lantik sarjan sahaja jadi Panglima Angkatan Tentera (PAT)," titah baginda.
Baginda turut menegaskan bahawa pendedahan itu hanya permulaan, dan yakin ramai lagi individu yang masih terlibat dalam amalan rasuah di pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
"Ini hanyalah 'sekelumit daripada segunung', atau the tip of the iceberg; saya yakin ada ramai lagi di luar sana, sama ada di jabatan kastam, imigresen, polis dan sebagainya, serta termasuk juga yang berada di dalam dewan ini, yang akan terus diburu sampai jumpa," titah baginda.
Baginda turut bertitah seluruh rakyat untuk memainkan peranan sebagai mata dan telinga dalam usaha memerangi rasuah dengan melaporkan sebarang perlakuan melibatkan penerima, pemberi atau ejen yang bersubahat.
Dalam masa sama, baginda turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan tanpa mengira pangkat atau kedudukan, selain menyarankan kerajaan menyediakan hakim berpengalaman serta laluan khas di mahkamah bagi mempercepatkan penyelesaian kes rasuah.
Topic Berkaitan
#skandal perolehan tentera
#kes rasuah tentera
#Yang di-Pertuan Agong
#Panglima Tentera Darat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan