awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong kurnia gelaran Tan Sri kepada Panglima Tentera Darat

Bernama
Bernama
23/01/2024
07:05 MYT
Agong kurnia gelaran Tan Sri kepada Panglima Tentera Darat
Muhammad Hafizuddeain mendahului senarai 321 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran "Tan Sri" kepada Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Muhammad Hafizuddeain mendahului senarai 321 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara, di sini hari ini.
Turut menerima darjah sama yang membawa gelaran "Tan Sri" ialah ahli perniagaan Ong Hooi Lim.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.
Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran "Datuk" kepada Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Prof Dr Abdelaziz Berghout.
Seri Paduka turut berkenan menganugerahkan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran "Datuk" kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohamad Ariffin, Juruiring Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Yang di-Pertuan Agong Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Ainu Sham Ramli.
Tujuh individu pula menerima Darjah Johan Mangku Negara (JMN) daripada Seri Paduka, antaranya Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datin Dr Suzana Sulaiman, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) Patimah Ramuji dan Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Roslan Ariffin.
Al-Sultan Abdullah turut menganugerahkan Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada tujuh individu, antaranya Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali dan Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur SAC Datuk Suryani Sungit.
Pada istiadat itu, Seri Paduka turut berkenan mengurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 117 individu, Darjah Kesatria Setia Diraja (satu), Darjah Ahli Mangku Negara (85) dan Pingat Pangkuan Negara (PPN) seramai 98.
Hadir sama pada istiadat itu Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Muhammad Hafizuddeain Jantan
#Panglima Tentera Darat
#gelaran Tan Sri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan