MALAYSIA
Agong kurnia kebenaran guna dua ‘air boat’ milik peribadi bantu operasi banjir
Sultan Ibrahim berkenaan mengurniakan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan dua 'air boat' berkuasa tinggi milik Seri Paduka Baginda sebagai aset operasi menyelamat mangsa banjir. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenaan mengurniakan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan dua 'air boat' berkuasa tinggi milik Seri Paduka Baginda sebagai aset operasi menyelamat mangsa banjir.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menzahirkan perkenan itu berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, selain sebagai persediaan agensi keselamatan dalam melaksanakan misi menyelamat jika berlaku gelombang kedua banjir.
"Kedua-dua air boat berkenaan kini ditempatkan di Istana Negara dan dijangka dapat meningkatkan kecekapan operasi serta mempercepatkan penghantaran bantuan kecemasan," menurut hantaran berkenaan.
Pada Mac 2023, tiga unit 'air boat' milik Seri Paduka Baginda digerakkan bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa banjir di Johor.
Aset berkenaan turut digunakan untuk menghantar bekalan makanan ke penempatan Orang Asli di kawasan Kluang yang terputus hubungan akibat bencana ketika itu.
Setakat pagi ini, empat negeri masih dilanda banjir iaitu Perak melibatkan 2,690 orang, Selangor (699) orang, Perlis (207) orang dan Pahang (28) orang.
-- BERNAMA