awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Airbus mula uji robot Walker S2 yang boleh tukar bateri sendiri
Inisiatif pendidikan percuma: Pelajar autisme rakam penghargaan kepada PM
Terjemahan silap titah Agong: Polis rakam percakapan dua pegawai kanan China Press
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong kurnia surat cara pelantikan kepada lima hakim

Bernama
Bernama
03/12/2025
02:25 MYT
Agong kurnia surat cara pelantikan kepada lima hakim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama selepas istiadat menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada lima hakim di Istana Negara. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada lima hakim di Istana Negara, di sini.
Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Besar Malaya Datuk Hashim Hamzah.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada empat Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Datuk Azimah Omar dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Antara yang hadir menyaksikan istiadat berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Hashim yang sebelum ini Hakim Mahkamah Rayuan, dilantik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tan Sri Hasnah Hashim yang bersara wajib pada 14 Nov lepas.
Che Mohd Ruzima, Mohd Nazlan, Azimah dan Sequerah masing-masing turut berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
Turut hadir Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Selesai istiadat pengurniaan, Seri Paduka Baginda berkenan bergambar bersama-sama para hakim yang baru dilantik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#surat cara pelantikan
#hakim
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan