awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong kurnia watikah pelantikan 11 perwakilan ke luar negara

Bernama
Bernama
02/12/2022
04:24 MYT
Agong kurnia watikah pelantikan 11 perwakilan ke luar negara
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Mohammad Azhar Mazlan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 11 perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara di sini.
Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu, Datuk Seri Ahmad Fadil Samsuddin yang juga bekas Datuk Pengelola Bijaya Diraja; Duta Besar Malaysia ke Vietnam, Datuk Tan Yang Thai dan Duta Besar Malaysia ke Jerman, Dr Adina Kamarudin.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan watikah kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki. – Gambar Facebook ISTANA NEGARA
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan watikah kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki. – Gambar Facebook ISTANA NEGARA
Turut menerima watikah pelantikan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Mohammad Azhar Mazlan; Duta Besar Malaysia ke Jordan, Mohamad Nasri Abdul Rahman; Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan, Ilham Tuah Illias dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki.
Selain itu, Duta Besar Malaysia ke Senegal, Zainal Izran Zahari; Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Mohd Adli Abdullah; Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Badli Hisham Adam.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#watikah pelantikan
#perwakilan luar negara
#Yang di-Pertuan Agong
#Ketua-ketua Perwakilan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan