MALAYSIA

Agong kurnia watikah pelantikan tujuh ketua perwakilan Malaysia ke luar negara

Bernama 04/09/2025 | 04:00 MYT
Sultan Ibrahim (tengah) berkenan bergambar bersama ketua-ketua perwakilan yang baru dilantik di Istana Negara hari ini. Turut hadir, Mohamad (enam, kiri). - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh ketua perwakilan Malaysia ke luar negara, selain menerima watikah pelantikan ketua perwakilan asing ke Malaysia pad istiadat di Istana Negara, di sini.


Ringkasan AI
  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh ketua perwakilan Malaysia ke luar negara termasuk ke Thailand, Arab Saudi, Afrika Selatan, Brazil, Jerman, Sepanyol dan Poland.
  • Baginda turut menerima watikah pelantikan tujuh ketua perwakilan asing ke Malaysia dari Mesir, Jerman, Brazil, Austria, Ukraine, Norway dan Itali.
  • Istiadat di Istana Negara turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara.


Tujuh ketua perwakilan Malaysia yang menerima watikah daripada Seri Paduka Baginda ialah Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan Datuk Yubazlan Yusof.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Brazil Datuk Mohammad Ali Selamat, Duta Besar Malaysia ke Jerman Mohamad Razdan Jamil, Duta Besar Malaysia ke Sepanyol Haznah Md Hashim, dan Duta Besar Malaysia ke Poland Datuk Azri Mat Yacob.

Seri Paduka Baginda turut menerima watikah pelantikan tujuh ketua perwakilan asing yang baharu ke Malaysia iaitu Duta Besar Mesir Karim Mohamed Elsadat Abdelkarim Abdelkhalek, Duta Besar Jerman Silke Riecken-Daerr, Duta Besar Brazil Daniella Ortega de Paiva Menezes, dan Duta Besar Austria Gerhad Eisl.

Selain itu, Duta Besar Ukraine Hennadii Nadolenko, Duta Besar Norway Marianne Fosland, serta Duta Besar Itali Raffaele Langella.

Turut berangkat pada istiadat berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Sri Amran Mohd Zin, dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Azmi Rohani.

-- BERNAMA




#Yang di-Pertuan Agong #Sultan Ibrahim #watikah pelantikan #Ketua Perwakilan Malaysia