LAHAD DATU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di sini bagi meninjau operasi agensi bertanggungjawab menjaga keselamatan di Pantai Timur Sabah itu.
Seri Paduka, yang sedang menjelajah Sabah menerusi program Kembara Kenali Borneo, berangkat tiba di Ibu Pejabat ESSCom di sini pada 4.20 petang disambut Komander ESSCom DCP Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Dr Jamaluddin Mohd Ali, sebelum diperkenalkan kepada barisan pegawai serta anggota ESSCom.
Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut meriah dengan laungan 'Daulat Tuanku!' bergema daripada rakyat yang menunggu sejak tengah hari keberangkatan Al-Sultan Abdullah di pekarangan Ibu Pejabat ESSCom di sini.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadual berangkat tiba di Ibu Pejabat ESSCom pada 12 tengah hari tadi namun lewat, lantaran Seri Paduka berdua berkenan beramah mesra dengan rakyat di sepanjang laluan Tawau ke Lahad Datu sejauh 171.7 kilometer.
Namun, keberangkatan tiba Seri Paduka berdua dan rombongan tetap dinanti-nantikan dan masyarakat setempat terus setia menunggu ketibaan Al-Sultan Abdullah, yang mengetuai konvoi 25 kenderaan.
Sejurus tiba di ESSCom, Al-Sultan Abdullah berkenan menandatangani plak lawatan dan menerima topi, jaket dan lambang formasi ESSCom daripada Victor, sebelum berangkat melawat 'ESSCom Fusion Center' sebuah pusat pengumpulan dan penyatuan maklumat keselamatan agensi itu.
Di pusat itu, Seri Paduka mendengar taklimat keselamatan khususnya melibatkan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) daripada Victor.
ESSCom, yang ditubuhkan pada 1 April 2013 selepas pencerobohan pengganas Sulu dalam tragedi Lahad Datu pada Februari 2013 adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri melibatkan pengoperasian pelbagai cabang agensi keselamatan negara bagi melindungi Pantai Timur Sabah khususnya ESSZone.
Selepas lawatan ke ibu Pejabat ESSCom, Al-Sultan Abdullah berangkat ke Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari ibu pejabat ESSCom, bagi menyaksikan demonstrasi keupayaan bot dan payung terjun daripada Bahagian Operasi Laut dan Bahagian Pasukan Khas ESSCom, sebelum berangkat ke Dewan Perdana Lahad Datu.
Terdahulu, setibanya di Lahad Datu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan melawat Taman Palm Garden yang menempatkan perumahan pegawai dan anggota ESSCom, dengan fasa pertama penempatan itu membabitkan 60 unit rumah dengan peruntukan RM40 juta diluluskan kerajaan 15 Julai lepas.
Al-Sultan Abdullah kemudian berangkat meneruskan perjalanan melawat Ibu Pejabat ESScom di sini, manakala Tunku Azizah berangkat ke Dewan Perdana Lahad Datu untuk aktiviti memasak dan Majlis Santapan Bersama Rakyat.
Setibanya di Dewan Perdana Lahad Datu, keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong yang dinanti-nantikan rakyat disambut dengan persembahan tarian selamat datang oleh pelajar sekolah.
Usai menyaksikan persembahan, Seri Paduka berkenan memasak untuk tetamu dan rakyat, serta menyediakan sendiri beberapa menu masakan antaranya ikan bilis masak kicap, ikan bilis masak asam dan udang berlada dibantu petugas Istana Negara dan ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita).
Tunku Azizah juga berkenan melihat penyediaan masakan bubur lambuk malah menyukat serta memasukkan sendiri rempah ratus yang perlu digunakan dalam masakan yang dihidangkan kepada tetamu serta rakyat yang hadir.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di luar dewan itu pada 6.05 petang disambut dengan paluan gendang oleh pelajar Sekolah Menengah Cina Lahad Datu, paluan kompang daripada Persatuan Kompang Gabungan Lahad Datu dan tarian singa pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Choi.
Diiring perarakan memasuki ke dewan dengan alunan muzik gamelan, Al-Sultan Abdullah menyertai Tunku Azizah dan diberi sambutan meriah dengan persembahan kebudayaan penari Natra Sri Budaya, dan tayangan video mengenai Lahad Datu.
Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan sumbangan kepada 100 orang penerima asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU), sebelum bertitah menzahirkan rasa terima kasih kepada semua rakyat.
Seri Paduka berdua kemudian berangkat meninggalkan majlis dan meneruskan perjalanan Kembara Kenali Borneo ke daerah Sandakan pada pukul 7.05 petang.
Lahad Datu terletak kira-kira 420 kilometer dari Kota Kinabalu, berkeluasan 7,472 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 261,520 orang sehingga 15 Okt 2020.
Antara penduduknya terdiri daripada etnik Bajau, Suluk, Idahan, Iranun dan Dusun Subpan yang majoritinya tertumpu dalam aktiviti ekonomi sumber laut.
Tempat menarik di Lahad Datu termasuk kawasan konservasi semula jadi Lembah Danum dan Kawasan Hidupan Liar Tabin, serta Pulau Tambisan yang terkenal dengan keindahan semula jadi dan lokasi tumpuan penyelam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Al-Sultan Abdullah berkenan melambaikan tangan kepada rakyat yang setia menanti keberangkatan tiba baginda di Pejabat ESSCom. - Gambar/ Bernama
Perkembangan di Sarawak
Perkembangan kesiapsiagaan banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman.
Perkembangan kejadian tanah runtuh di Taman Melawati
Faida Rahim bawakan perkembangan terkini situasi tanah runtuh di Taman Melawati.
Syarikat China rugi RM2.6 juta terperdaya urus niaga Musang King
Sebuah syarikat di China terperdaya dalam urus niaga palsu berkaitan import durian Musang King sejuk beku sehingga menyebabkan kerugian RM2.6 juta.
Ribut petir diramal landa 10 negeri, KL petang ini
Ribut petir diramal berlaku di 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 5 petang ini.
Tragedi UiTM Dungun: Pemandu wanita sekali lagi didakwa, cubaan bunuh
Pemandu wanita yang dipercayai merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekali lagi didakwa di mahkamah di sini, hari ini.
AWANI Ringkas: Amaran hujan lebat, ribut petir hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: Landasan LRT ditakungi air, kerja baik pulih giat dijalankan
Kerja baik pulih kerosakan teknikal yang disebabkan takungan air di landasan stesen Wangsa Maju hingga Sri Rampai sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh: Kawasan rumah Sharifah Shahirah antara yang terjejas
Penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali Shiera turut berkongsi kejadian sama yang berlaku di kawasan perumahannya itu.
"Kelulusan kontrak dibuat kerajaan terdahulu, bukan kerajaan saya" -PM
Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau mengamalkan prinsip media bebas dan tidak bermakna kita perlu haramkan semua aktiviti berkaitan Bloomberg.
Beliau juga menjelaskan bahawa siasatan kasino forest city membabitkan syarikat yang saham terbesarnya dimiliki oleh tuanku.
Beliau juga menjelaskan bahawa siasatan kasino forest city membabitkan syarikat yang saham terbesarnya dimiliki oleh tuanku.
"Saya pun tak suka mengungkit kisah lama..." - YB Pasir Mas
Yang Berhormat Pasir Mas mengajukan soalan terhadap Perdana Menteri berkenaan campur tangan terhadap siasatan yang mengakibatkan episod tidak seronok di dalam hidup beliau secara peribadi berpuluh tahun lalu
Beliau juga menyentuh berkenaan isu kasino forest city dan bloomberg yang masih belum ada penyelesaian.
Beliau juga menyentuh berkenaan isu kasino forest city dan bloomberg yang masih belum ada penyelesaian.
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Agong, Permaisuri berangkat pulang ke tanah air dari Brunei
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengakhiri Lawatan Negara tiga hari ke Brunei.
Agong, Raja Permaisuri diberi sambutan negara di Istana Nurul Iman
Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke istana terbesar di dunia itu kira-kira 11 pagi disambut oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Agong, Raja Permaisuri berkenan bertemu rakyat Malaysia di Brunei
Kira-kira 300 diaspora Malaysia hadir dalam majlis berkenaan antaranya ahli perniagaan, Persatuan Warganegara Malaysia dan Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia.
Agong tiba di Brunei untuk lawatan negara tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Bandar Seri Begawan bagi memulakan lawatan negara ke Brunei selama tiga hari bermula hari ini.
Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.
Agong, Permaisuri adakan lawatan negara ke Brunei esok
Kunjungan itu merupakan lawatan negara pertama Seri Paduka Baginda ke Brunei sejak menaiki takhta pada 31 Jan 2024.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Wan Junaidi
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Agong berkenan adakan Lawatan Negara ke Brunei bermula Ahad
Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan negara ke Brunei pada 13 hingga 15 Okt ini bagi memperkukuh lagi hubungan diraja antara Malaysia dan Brunei.
Cuti Sabtu, Ahad: Tak puas hati, dipersilakan pindah ke negeri yang cuti Jumaat, Sabtu - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menempelak pihak yang tidak berpuas hati, mempertikaikan keputusan Johor menukar cuti dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad.