SEPANG: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat ke Turkiye bagi mengadakan lawatan negara selama tujuh hari.
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada kira-kira 10 pagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin hadir untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka berdua.
Turut hadir untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka berdua ialah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Sebelum berangkat, Seri Paduka berdua menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota dengan diiringi tembakan meriam 21 das dan lagu Negaraku.
Sementara itu Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata lawatan negara itu adalah atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Beliau berkata lawatan negara ke Turkiye telah dijadualkan pada tahun lepas, tetapi telah ditangguh berikutan penularan wabak COVID-19.
"Lawatan negara ini juga yang pertama buat Seri Paduka Baginda berdua bagi tahun ini dan juga sejak bulan Ogos 2019," katanya.
Kali terakhir Seri Paduka berdua mengadakan lawatan negara ialah ke Indonesia selama empat hari, bermula pada 26 Ogos 2019.
"Ekoran daripada gelombang penularan wabak COVID-19 bermula pada awal tahun 2020, lawatan-lawatan negara yang telah dijadualkan pada tahun 2020 dan 2021 telah ditangguh," katanya.
Ahmad Fadil berkata ketika di Turkiye, Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat mengadakan pertemuan dengan Erdogan di Istana Presiden, Ankara, dan Seri Paduka berdua turut dijadualkan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Negara yang dianjurkan Erdogan di Istana Presiden, esok.
Pada Rabu, Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat melawat FNSS Defense Systems A.S di Ankara, manakala Raja Permaisuri dijadualkan berangkat melawat Muzium Goreme di Cappadocia.
Ahmad Fadil berkata pada Khamis pula, Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat melawat Turkish Aerospace Industries, Ankara manakala Raja Permaisuri pula dijadualkan berangkat melawat Ankara Advance Technical Institute for Girls.
"Pada hari yang sama, Seri Paduka Baginda berdua turut dijadualkan mengadakan lawatan ke Perpustakaan Islam Diyanet di Ankara sebelum berangkat ke Istanbul," katanya.
Ahmad Fadil berkata Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat melawat Makam Abu Ayyub al-Ansari, Makam Sultan Abdul Hamid II, Masjid Besar Hagia Sophia dan Muzium Istana Topkapi di Istanbul Jumaat ini.
Pada sebelah malam pula, Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat ke Majlis Santapan bersama diaspora Malaysia di Istanbul.
"Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan berangkat melawat Istana Dolmabahce Sabtu ini," katanya.
Ahmad Fadil berkata lawatan negara terakhir ke Turkiye oleh Yang di-Pertuan Agong ialah pada tahun 1992 yang ketika itu oleh Yang di-Pertuan Agong ke-9, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah.
Beliau berkata lawatan negara itu melambangkan kepentingan, keakraban dan keteguhan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Turkiye, sekali gus menyumbang ke arah mengukuhkan jalinan persahabatan kedua-dua negara yang terjalin sejak tahun 1964.
"Lawatan negara ini turut mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda berdua terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia dan juga terhadap kelestarian prestasi pelaburan dan kepentingan negara di Turkiye," katanya.
Ahmad Fadil berkata selepas Turkiye, Seri Paduka berdua dijadualkan mengadakan lawatan negara ke Singapura bulan hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Turkiye bagi mengadakan lawatan negara selama tujuh hari. -Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.
Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.
Kekalkan keindahan, kecantikan Bukit Fraser - Sultan Pahang
Baginda bertitah aspek kebersihan juga perlu diberi tumpuan, bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung selain seni bina bangunan sedia ada perlu dijaga dan dipelihara sentiasa.
Muhyiddin akan didakwa mengikut Akta Hasutan di mahkamah esok
Ucapan Muhyiddin tempoh hari seolah-olah mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong ke-16 melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.
Sultan Pahang sebak puterinya bakal melangsungkan perkahwinan
Al-Sultan Abdullah menahan sebak ketika bertitah mengenai perkahwinan puterinya Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.
Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah bawa lembaran baharu Pulau Keladi
Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah akan menjadi destinasi tumpuan peminat kraf serta mengangkat dan memelihara warisan tenun negeri Pahang.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan cemar duli ke Pesta Kuantan 188
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mencemar duli ke Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan 18, malam tadi.