Skip to main content

Malaysia

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Deepavali

51666578837_TBAGONGDEEPAVALI.jpg
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di seluruh negara.

Seri Paduka berdua menyampaikan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di akaun Facebook Istana Negara, hari ini.

"Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keafiatan kepada semua penganut agama Hindu," menurut hantaran tersebut.

-- BERNAMA




Advertisement

Must Watch Video