Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Good Friday dan Easter

Bernama
April 15, 2022 09:29 MYT
Penganut Kristian menyambut Good Friday hari ini dan Easter pada 17 April. - Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Good Friday dan Easter, kepada penganut agama Kristian di negara ini.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar mereka yang menyambut perayaan itu dilimpahi kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan.
"Semoga sambutan ini dipenuhi dengan kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan kepada semua yang menyambutnya," menurut catatan itu.
Penganut Kristian menyambut Good Friday hari ini dan Easter pada 17 April.
-- BERNAMA
#Yang di-Pertuan Agong #Raja Permaisuri Agong #Good Friday #Easter #penganut Kristian