Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Tahun Baharu Tamil, Vaisakhi

Bernama
April 14, 2023 02:32 MYT
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Chithirai Puthandu dan Vaisakhi kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh di negara ini. - Gambar Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Chithirai Puthandu dan Vaisakhi kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh di negara ini.
Turut menzahirkan ucapan itu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi catatan di Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan semoga perayaan itu membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh di Malaysia.
Tahun Baharu Tamil ialah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil.
Sementara Vaisakhi menandakan permulaan musim menuai menurut kalendar masyarakat Sikh dan Punjabi.
- BERNAMA
#Yang di-Pertuan Agong #Raja Permaisuri Agong #Tahun Baharu Chithirai Puthandu #vaisakhi