awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara

Bernama
Bernama
31/07/2024
01:30 MYT
Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara
Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas jasa, khidmat dan bakti mereka melindungi kedaulatan tanah air. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas jasa, khidmat dan bakti mereka melindungi kedaulatan tanah air.
Turut berkenan menzahirkan penghargaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu ialah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi ATM juga berkenan menzahirkan sanjungan tinggi terhadap pengorbanan wira negara yang menjaga keamanan dan ketenteraman tanpa mengira masa.
"Terima kasih para perwira negara. Jasa dan bakti anda akan sentiasa dikenang," titah Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran Facebook yang dimuat naik bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan hari ini.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong juga menzahirkan ucapan takziah kepada pahlawan dan perwira tanah air yang terkorban semasa bertugas.
"Semoga roh mereka yang beragama Islam sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," titah Seri Paduka Baginda. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Hari Pahlawan
#wira negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan