awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada UK atas sumbangan vaksin Astrazeneca

Bernama
Bernama
03/08/2021
16:04 MYT
Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada UK atas sumbangan vaksin Astrazeneca
Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi hari ini juga memaklumkan Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar kedua-dua negara dapat bekerjasama untuk mendepani cabaran pandemik dan menuju ke arah pemulihan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan United Kingdom (UK) atas sumbangan 415,000 dos vaksin AstraZeneca kepada Malaysia hari ini.
Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi hari ini juga memaklumkan Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar kedua-dua negara dapat bekerjasama untuk mendepani cabaran pandemik dan menuju ke arah pemulihan.
"Sumbangan ini jelas membuktikan persahabatan dan hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama di antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara. Semoga sumbangan bekalan vaksin ini membantu negara memerangi pandemik COVID-19 dan memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)," menurut hantaran itu.
Menjunjung titah Seri Paduka, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin turut menyampaikan ucapan terima kasih Baginda kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia Charles Hay atas sumbangan itu.
Sementara itu Seri Paduka berdua turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba atas pelaksanaan kerjasama antara kerajaan kedua-dua negara dalam menjayakan sumbangan bekalan vaksin itu.
Sumber Facebook IstanaNegaraOfficial
"Seri Paduka berdua turut mengambil kesempatan ini menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi daripada sebarang musibah dan pandemik COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#PICK
#Hishammuddin Hussein
#vaksin
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan