Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Che Mariam Abdullah

Bernama
April 19, 2022 03:20 MYT
Seri Paduka berdua juga mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. - Foto Instagram/Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Che Mariam Abdullah iaitu bonda kepada Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa yang kembali ke Rahmatullah hari ini.
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
"Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini," menurut catatan di Facebook Istana Negara.
Seri Paduka berdua juga mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
-- BERNAMA
#Che Mariam Abdullah #Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah #Raja Jaafar Raja Muda Musa