[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
NATIONAL

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali

Bernama 30/10/2024 | 23:40 MYT
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.

Ucapan baginda berdua dikongsi dalam hantaran menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Semoga Deepavali membawa kegembiraan, kemakmuran dan kebahagiaan dalam hidup anda. Selamat menyambut Deepavali buat anda dan orang tersayang," menurut hantaran itu.

Deepavali atau pesta cahaya disambut penganut Hindu hari ini. - BERNAMA





#Yang di-Pertuan Agong #Raja Permaisuri Agong #Sultan Ibrahim #Raja Zarith Sofiah #Hari Deepavali