awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag buka tirai esok
Penjawat awam rugi RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Liga Perak Sejahtera Inter Parlimen platform cungkil bakat muda bola sepak Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan

Bernama
Bernama
30/05/2023
05:51 MYT
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan
Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan semoga sambutan akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagiaan kepada semua yang menyambutnya. - Foto/Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikan perayaan itu di Sabah.
Istana Negara menerusi hantaran di Facebook rasmi memaklumkan Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan yang bermakna kepada masyarakat Kadazandusun itu akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum dan memperkukuhkan perpaduan di Malaysia.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan semoga ia akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagiaan kepada semua yang menyambutnya.
"Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan," menurut hantaran itu.
Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut masyarakat Kadazandusun di Sabah hari ini dan esok, sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Pesta Kaamatan
#Raja Permaisuri Agong
#rakyat Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan