KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada skuad terjun negara atas kejayaan merangkul kesemua lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara terjun pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam.
Turut menzahirkan ucapan sama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan cemerlang yang dicapai sekali gus mempertahankan gelaran juara keseluruhan sukan terjun yang diraih sejak Sukan SEA Myanmar 2013.
"Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang ini menjadi suntikan semangat kepada atlet lain untuk berusaha dan memberi prestasi terbaik dalam pemburuan pingat emas di temasya tersebut," demikian menurut Istana Negara menerusi catatan di akaun Facebook rasmi hari ini.
Selain itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada semua atlet dan mendoakan semoga mereka mencapai kejayaan cemerlang.
Pingat emas acara terjun diperoleh Nur Dhabitah Sabri menerusi acara 1 meter (m) papan anjal, Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang (3m papan anjal seirama lelaki), Tze Liang (1m papan anjal), Ng Yan Yee-Ong Ker Ying (3m papan anjal seirama wanita) dan Yan Yee (3m papan anjal wanita).
Turut menyumbang emas adalah Jellson Jabillin-Hanis Nazirul Jaya Surya (10m platform seirama lelaki), Muhammad Syafiq Puteh (3m papan anjal lelaki) dan Datuk Pandelela Rinong-Nur Dhabitah (10m platform seirama wanita).
Skuad terjun juga meraih tiga pingat perak menerusi Kimberly Bong (1m papan anjal wanita), Ker Ying (3m papan anjal wanita) dan Gabriel Gilbert Daim (3m papan anjal lelaki) selain satu gangsa yang diperoleh Bertrand Rhodict (1m papan anjal lelaki).
Dalam satu lagi catatan, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet badminton beregu wanita pekak negara, Boon Wei Ying dan Foo Zu Tung atas kejayaan memenangi pingat emas di Sukan Deaflympic ke-24, di Caxias do Sul, Brazil.
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan pasangan beregu itu yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
"Dengan kemenangan bersejarah ini mereka menamatkan penantian 21 tahun negara kemarau pingat emas di Sukan Deaflympics setelah Zana Azizul Ujang mendapatkan pingat emas di Sukan Deaflympics Rom, Itali pada 2001," menurut catatan di Facebook Istana Negara.
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang itu menjadi suntikan semangat kepada pasangan beregu itu dan atlet lain untuk terus bekerja keras bagi mencapai kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Wei Ying dan Zu Tung serta mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.
Pada perlawanan akhir, gandingan Wei Ying/ Foo Zu Tung muncul juara setelah mengalahkan beregu ranking nombor satu pekak dunia Jung-Yu Fan/Yan-Ru Shen dengan keputusan 21-14, 5-21, 21-18. - BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022

Yang di-Pertuan Agongmenzahirkan ucapan tahniah kepada skuad terjun negara atas kejayaan merangkul kesemua lapan pingat emas di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam.

Stadium Sultan Muhammad IV berwajah baharu
Proses naik taraf yang bermula September tahun lalu itu dijangka siap sepenuhnya pada 24 Ogos ini.

Lawatan Ke Turkiye | Malaysia pertimbang pilihan dapatkan sumber gandum
Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye ketika dunia terus mengalami kekangan bekalan, lonjakan harga makanan serta inflasi. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aspek jaminan keselamatan makanan juga adalah antara komponen utama dalam beberapa siri pertemuan beliau dengan peneraju industri republik itu.

Nasib Sri Lanka | PM Ranil Wickremesinghe akui negara muflis
Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe akui negara itu kini muflis dan terjerumus ke kancah krisis ekonomi yang sangat dahsyat dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah lebih buruk katanya, ia dijangka berlarutan sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun depan.

Banjir Baling: Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan terlibat dalam misi tersebut.

"Saya Datin Seri, saya tak bermadu" - Noniswara
Pelakon Noniswara jelas gelaran yang disandang, jawab tuduhan bergelar isteri kedua.

Sindiket nikah 'Ustaz Zul' tumpas
Seramai 16 individu termasuk isteri dan anak kepada lelaki terbabit yang mendakwa dirinya sebagai jurunikah bertauliah ditahan.

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

Kedai di Kampung Masjid Iboi terbakar
Kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus rumah kedai kelas A terbabit.

Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan
Nurul Anis memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden MIC, S. Subramaniam
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas T

Agong berkenan berangkat melawat Mindef
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan untuk berangkat ke Kementerian Pertahanan (Mindef).

Hentikan kaedah 'putar alam', Anwar perlu terima hakikat belum pernah ada cukup sokongan - Annuar
Menurut beliau, Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri disebabkan kegagalan beliau menyakinkan Yang di-Pertuan Agong.

Pelantikan Tajuddin sebagai duta: "Jangan persoal kuasa Agong" - Ismail Sabri
Perdana Menteri minta keputusan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dihormati.

Agong zahir ucapan tahniah kepada Presiden Filipina, Marcos Jr
Seri Paduka menzahirkan harapan agar Malaysia dan Filipina dapat terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran.

Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Raja-Raja kali ke-259
Mesyuarat itu yang bermula semalam dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-259 di Istana Negara.

Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Raja Perlis pengerusikan Mesyuarat Raja-Raja ke-259
Mesyuarat dua hari bermula hari ini turut dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan, Pahang dan Johor.

Agong berkenan terima kunjungan Azmin di hospital
Al-Sultan Abdullah kelihatan ceria, cergas dan sihat selepas menjalani prosedur di kaki pada Isnin.